HAI KORANG SUME...KALAU DA ALANG2 SINGGAH SINI MAI LA FOLLOW BLOG NIE..TERIMA KASIH~~~...

Apr 1, 2011

BuDaK KeCik Pon boLeH BerKorban Utk Sahabat ..


Pada suatu hari, satu letupan bom berlaku di satu kawasan perumahan.. seorang budak telah terkena serpihan ledakan bom tersebut.. Pada ketika itu, bantuan rawatan telah dibantu oleh pihak Perancis.. doktor-doktor dan jururawat yang ada tidak begitu fasih dengan bahasa Vietnam.. hanya boleh bertutur menggunakan buku rujukan bahasa yang mereka ada..

Anak kecil itu cedera parah.. banyak kehilangan darah.. dan ketika itu memang tiada simpanan darah.. dan doktor perlu pergi meminta derma darah dari rakyat Vietnam yang lain.. Dengan bahasa yang agak tidak lancar, doktor tersebut menceritakan kepada rakyat Vietnam untuk mencari sesiapa yang boleh membantu anak kecil tersebut..


Rakyat Vietnam semua berpandangan satu sama lain.. tiada yang mampu untuk mendermakan darah.. doktor itu pun menjelaskan lagi bahawa, jika anak kecil itu tidak mendapat tambahan darah dalam masa terdekat ini, anak tersebut akan mati..


TIdak lama kemudian, seorang anak kecil angkat tangan dengan sukarela untuk mendermakan darah.. semasa proses nak memulakan perdermaan darah tersebut, anak kecil yang sudi mendermakan darah tersebut menangis teresak-esak.. doktor dan jururawat dari Perancis itu pun bertanyakan padanya,
"anda lapar?"
"tidak" jawab nya..
"sakit ke?" tanya doktor lagi..
"tidak" jawabnya..
"anda takut dengan jarum ni" tanya doktor sambil menunjukkan jarum tersebut..
"tidak" masih sama jawapan yang di jawab..


Doktor dan jururawat itupun bergegas memanggil jururawat Vietnam untuk bertanyakan pada anak tersebut takut-takut anak tersebut tidak memahami apa yang ditanya oleh mereka.. selepas ditanya oleh jururawat Vietnam tersebut.. anak tersebut menjawab,
"saya tak nak mati.. saya nak derma darah tapi tidak mahu mati.."


Bayangkan lah.. seorang anak kecil yang hanya tahu akan mati bile menderma darah berani untuk dermakan darahnya.. besarnya pengorbanannya.. doktor pun bertanya pada anak tersebut,
"mengapa kamu sanggup menderma darah kalau kamu hanya tahu derma darah itu kamu akan mati?"
dengan nada tersekat-sekat anak tersebut menjawab,
"budak kecil yang cedera itu kawan baik saya"
berderai air mata doktor tersebut mendengarnya.. 

No comments: