HAI KORANG SUME...KALAU DA ALANG2 SINGGAH SINI MAI LA FOLLOW BLOG NIE..TERIMA KASIH~~~...

Mar 4, 2011

Sakit mental & Stress...

Setiap manusia ataupun benda hidup yang ada di muka bumi ini berpotensi untuk menghidap penyakit mental. Namun, sejauh  manakah pengetahuan anda tentang penyakit ini. Mungkin ada diantara kita yang akan berkata, ” aku tak kan kena, ” ataupun, “mana ada dalam sejarah keluarga aku”, atau “kau yang gila agaknya”.
Walau apapun tanggapan anda terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain, anda masih berisiko untuk terkena jangkitan ini terutamanya berada dalam situasi yang amat tegang.
Orang yang suka menganggu kehidupan orang lain ialah orang yang kurang kasih sayang…dan kelakuannya cukup tidak menyenangkan orang sekeliling…antara tanda-tanda utama yang boleh mendatangkan penyakit mental ialah STRESS ataupun tekanan ialah...:



Fizikal
  • Gementar
  • Berpeluh
  • Rasa seram sejuk
  • Tangan dan kaki rasa sejuk
  • Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
  • Bernafas laju
  • Kering mulut
  • Kerap buang air kecil
  • Kerap buang air besar
  • Cirit birit
  • Kurang selera makan
  • Mudah dapat serangan penyakit:
    • Asma
    • Sakit belakang badan
    • Masalah penghadaman
    • Sakit kepala
    • Gatal-gatal
  • Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
  • Sakit-sakit badan
  • Cepat letih
Psikologikal
  • Kebimbangan
  • Keliru dan kurang daya tumpuan
  • Sukar kawalan diri
  • Perubahan emosi:
    • Tekanan perasaan
    • Kekecewaan
    • Mewujudkan permusuhan
    • Rasa tak berdaya
    • Kurang sabar dan cepat marah
    • Lemah Semangat
  • Susah nak tidur
  • Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
Gangguan Fikiran
  • Sukar membuat keputusan
  • Kurang minat terhadap aktiviti harian
  • Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
  • Pemikiran positif terganggu disebabkan
  • Sering berfikiran negatif
    • Kurang memberi perhatian
    • Hilang keyakinan diri
    • Hilang tumpuan
    • Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah
Tingkah laku
  • Bercakap dengan cepat dan kuat
  • Menguap
  • Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
  • Perasaan yang negatif:
    • Mudah tersinggung
    • Terlalu bergantung kepada orang lain
    • Suka memberi komen dan kritik orang lain
    • Boleh bertindak ganas
    • Bertindak secara tidak logik
    • Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
  • Kurang Kecekapan diri:
    • Mudah lupa
    • Selalu membuat kesilapan
    • Sering terlibat kemalangan
  • Kurang produktiviti kerja
  • Menindakkan keupayaan diri sendiri

No comments: